Adakah Lampu Solar Dicas Walaupun Mendung?

Jawapannya ialah – ya! Cahaya matahari adalah penting untuk mengecas panel solar, tetapi ia akan terus mengecas walaupun pada hari mendung. Sebagai contoh, produk solar terbaru SLM direka untuk berfungsi tanpa cahaya matahari langsung selama sekurang-kurangnya beberapa hari. Ini dipanggil autonomi sistem lampu solar SBM kami. Jadi anda tidak perlu risau sekiranya waktu siang mendung berpanjangan sebab dengan lampu solar SLM, ianya masih akan berfungsi diwaktu malam.

 

Mengecas Lampu Solar Pada Hari Mendung – Begini Cara Ia Berfungsi

Dalam keadaan mendung pun lampu solar kami boleh mengecas. Panel solar kami akan menyerap apa jua cahaya disiang hari, maksudnya apabila siang mesti terangkan, walaupun tiada sinar matahari yang memancar tapi ada juga cahaya, jadi panel solar kami akan menyerap cahaya tersebut dan disimpan didalam bateri solar. Apabila waktu malam, lampu solar akan berfungsi hasil dari kuasa yang simpan disiang hari. Hanya panel solar yang berkualiti tinggi sahaja seperti panel solar SLM dapat mengecas dihari mendung.

 

Bagaimanakah Lampu Solar Berfungsi Tanpa Cahaya Matahari?

Semua panel solar terdiri daripada sel solar yang diperbuat daripada semikonduktor seperti silikon. Ini menukarkan cahaya matahari kepada elektrik. Apabila cahaya matahari mengenai sel-sel ini secara langsung, elektron dibebaskan daripada atom dan terapung diatas sel solar. Tenaga ini mencipta cas elektrik yang beredar sebagai tindak balas kepada sel elektrik dalaman, menyebabkan aliran tenaga. Pada waktu siang panel solar akan menyerap sel solar yang disimpan didalam bateri dan pada waktu malam pula lampu solar akan berfungsi hasil dari tenaga yang disimpan didalam bateri.

 

Sumber Tanpa Had Daripada Matahari

Sumber Tenaga Tanpa Had: Seperti yang anda ketahui, lampu solar mempunyai sumber tenaga yang tidak terhad selagi ia diletakkan di tempat yang boleh bersentuhan dengan cahaya matahari. Jadi lampu solar anda akan sentiasa berfungsi setiap hari, tidak seperti lampu elektrik biasa, apabila tiada bekalan elektrik ia akan berhenti berfungsi, lebih takut jika waktu malam. Tetapi dengan lampu berkuasa solar, malam anda sentiada diterangi.

 

Berapa Jam Cahaya Matahari Di Malaysia Boleh Diserap Oleh Lampu Solar?

Tenaga solar adalah salah satu sumber boleh diperbaharui yang paling bersih dan paling banyak tersedia. Banyak bahagian dunia tidak ada kekurangan cahaya matahari. Biasa cahaya matahari cukup untuk memastikan panel solar berfungsi, walaupun dikawasan tersebut cahaya mataharinya tidak stabil. Berapa banyak matahari yang Malaysia dapat? Purata jam cahaya matahari di Malaysia sekitar antara 6 hingga 9 jam sehari, yang merupakan masa yang cukup untuk panel solar menyerap tenaga solar percuma.

 

Mesra Alam Dengan Lampu Solar Di Malaysia!

 

Oleh itu, mari kita menjaga alam sekitar go green dengan lampu solar untuk melindungi planet kita. Anda pasti boleh melakukan bahagian anda dengan menjaga alam sekitar dengan penggunaan lampu solar.Hubungi Solar Light Malaysia (SLM) sekarang di 03 – 8062 5891/ 012 – 405 8791 dan whatsapp https://wa.me/60124058791 atau layari https://www.SolarLight.com.my untuk melihat keperluan cahaya solar anda. Untuk dapatkan lebih info mengenai lampu solar atau anda ingin kami lakukan pemasangan lampu solar ini. Boleh tengok di youtube kami https://www.youtube.com/watch?v=zQMPKcs70TM dan jangan lupa share dan subscribe.