Periksa Kenapa Lampu Solar Anda Tidak Berfungsi Dengan Baik

Anda baru sahaja membeli lampu solar dan lakukan pemasangan lampu solar rumah anda tidak berfungsi selepas beberapa hari menggunakan? Anda boleh menyemak beberapa perkara yang menjadi punca lampu solar tidak berfungsi dengan baik. Sebaiknya anda boleh periksa terlebih dahulu beberapa perkara mudah untuk mencari tahu kenapa lampu solar anda tidak berfungsi.

Periksa Tab Tarik Bateri- Ada butang tarik pada beberapa jenis lampu solar, jika anda tidak mengeluarkannya, bateri tidak boleh menjana tenaga dan lampu solar anda tidak akan berfungsi. Jadi pada masa sebelum pemasangan lakukan pemeriksaan terlebih dahulu.

Panel Lampu Solar Bersih- Perlu dipasikan panel solar dalam keadaan bersih. Panel solar adalah bahagian yang paling penting kerana ia yang akan menyerap tenaga solar. Apabila panel solar kotor, ia memberi kesan kepada jumpa tenaga yang diterima. Jadi anda perlu membersihkan panel solar selepas beberapa hari.

Panel Solar Diposisi Betul- Pastikan solar panel mendapat terus cahaya matahari, panel solar berkedudukan bertentangan terus dengan cahaya matahari. Tempat dimana solar panel dipasang, tidak terhalang oleh pokok ataupun bangunan. Biasanya lampu solar perlu mendapatkan cahaya matahari langsung sekurang-kurangnya 4-5jam untuk mengecas bateri.

Uji Dengan Bateri Biasa Lampu Solar (Alkali)- Lampu solar didatangi dengan bateri yang boleh dicas semula. Bateri boleh jadi kurang baik ataupun rosak terus setelah beberapa tahun digunakan. Jadi sebelum anda menggantikan bateri lama untuk pastikan jika benar-benar bateri tersebut tidak berfungsi, anda boleh menguji lampu solar dengan meletakkan bateri alkali untuk sementara dan ingat jangan lupa cabut bateri alkali tersebut kerana ia tidak boleh dicas semula. Takut nanti anda lupa, apabila bateri alkali sudah habis, lampu solar amda tiba-tiba tidak menyala.

Menguji Sensor Lampu Solar- Anda boleh menguji solar sensor itu berfungsi ataupun tidak. Lampu solar tidak berfungsi pada siang hari dan untuk menguji solar sensor cahaya pada waktu siang, anda perlu menutup panel solar sepenuhnya dengan tangan, kain atau sesuatu meniru kegelapan. Setelah menutupnya, jika lampu menyala, okay tiada masalah. Tetapi jika sebaliknya, lampu solar tidak menyala, bateri lampu solar kemungkinan perlu diganti.

 

Sekarang anda sudah tahu bagaimana untuk memeriksa lampu solar anda, mudah kan?

Sebaiknya anda boleh periksa terlebih dahulu beberapa perkara mudah untuk mencari tahu kenapa lampu solar anda tidak berfungsi. Hubungi Solar Light Malaysia (SLM) sekarang di 03 – 8062 5891/ 012 – 405 8791 dan whatsapp https://wa.me/60124058791 atau layari https://www.SolarLight.com.my untuk melihat keperluan cahaya solar anda. Untuk dapatkan lebih info mengenai lampu solar atau anda ingin kami lakukan pemasangan lampu solar ini. Boleh tengok di youtube kami https://www.youtube.com/watch?v=zQMPKcs70TM dan jangan lupa share dan subscribe.