Dimana Tempat Sesuai Dan Terbaik Untuk Meletakkan Lampu Solar
Pertama kita sudah memilih lampu solar yang terbaik dan untuk meletakkan ia bukan sekadar ingin nampak cantik dan menarik tetapi perlu menitikberatkan adalah tempat itu sesuai yang membolehkan lampu solar berfungsi dengan baik.
Perlu memikirkan faktor termasuk fungsi, citarasa dan persekitaran untuk memastikan bagaimana lampu solar berfungsi dengan baik. Disini kami telah mengumpulkan panduan berguna untuk membantu anda menentukan tempat terbaik untuk meletakkan lampu solar sama ada solar street light atau lampu solar rumah anda.
Bagaimana Ingin Meletakkan Lampu Solar Ditempat Sebaiknya
Persekitaran
Semakin banyak cahaya matahari yang diterima oleh panel solar adalah lebih baik tetapi tidak bermaksud lampu solar tidak akan berfungsi dalam keadaan tempat yang matahari kurang.
Cuma anda perlu pastikan panel solar anda diletakkan ditempat yang terdedah dengan matahari. Perhatikan pokok atau dinding bangunan tidak menghalang cahaya dari terkena bahagian penting solar sepanjang hari.
Sekiranya ada yang menghalang kawasan tersebut dari terkena cahaya matahari, ini boleh menyebabkan lampu solar tidak terang jika kuasanya tidak cukup. Sebab itu penting meletakkan panel lampu solar ditempat cahaya matahari terus supaya ianya dapat menyerap kuasa dan membolehkan lampu solar anda berfungsi dengan terang dan lama dimalam hari.
Fungsi Dan Citarasa
Untuk menempatkan lampu solar ini bergantung kepada jenis lampu solar Malaysia yang anda pilih. Sekiranya lampu solar yang anda beli bertujuan untuk menyalakan jalan atau dikawasan rumah, anda kena tahu hasil yang ingin anda dapatkan, jadi perlu berfikir sebelum meletakkannya ditempat tersebut.
Pastikan lampu solar boleh berfungsi mengikut tujuannya dan kena dengan citarasa anda agar sama-sama nampak terang dan cantik.
Antara Jenis Lampu Solar Dan Dimana Tempat Terbaik Untuk Meletakkan
Lampu Jalan Solar
Sekiranya anda ingin meletakkan lampu solar disepanjang jalan, anda perlu mencapai keseimbangan dimana ianya tidak dikumpulkan bersama, maksudnya anda letak ditempat berasingan dengan jarak yang sesuai tetapi lampu solar dapat menerangi kawasan jalan tersebut dengan berkesan. Terlalu banyak lampu solar diletakkan, boleh kelihatan tidak kemas pada waktu siang.
Sebaiknya anda dapat menguji pemasangan dikawasan kecil terlebih dahulu sebelum menanamkan tiang disepanjang jalan. Ini dapat mengelakkan daripada membuat lubang yang tidak perlu. Sebab itu penting untuk pastikan kawasan jalan mana yang sesuai untuk meletakkan lampu solar.
Lampu Solar Luar Rumah
Semasa pemasangan pastikan lampu solar tersebut direka untuk diletakkan ditempat mengikut ketinggian supaya lampu dpat menerangi selurut taman. Periksa tahap ketinggian untuk meletakkannya agar anda berpuas hari dengan tahap pencahayaan dan kedudukan sebelum siap pemasangan.
Bagi lampu solar yang diletakkan ditempat lebih tinggi, ia perlu menerangi kawasan yang diinginkan dan perlu diingat bahawa anda perlu naik ke sana lagi jika perlu menyelaraskannya atau melakukan apa-apa servis. Jadi ia perlu boleh dicapai.
Pastikan Lampu Solar Anda Diletakkan Ditempat Yang Terbaik
Sebaiknya anda merancang terlebih dahulu untuk memilih dan meletakkan lampu solar jalan atau lampu solar luar rumah ditempat yang betul. Hubungi Solar Light Malaysia (SLM) sekarang di 03 – 8062 5891 untuk dapatkan memilih lampu solar yang sesuai kena dengan harga lampu solar, kos pasang lampu solar rumah dan nasihat dimana tempat yang terbaik untuk meletakkannya.