Kelebihan & Jenis-Jenis Lampu Solar Yang Ada Dipasaran
Setiap hari, setiap masa kita akan menggunakan tenaga elektrik dan bil ekektrik perlu dibayar setiap bulan dan ia boleh melambung tinggi dengan penggunaan yang berpanjangan.
Dalam keadaan yang tidak menentu ini, penggunakan elektrik perlulah berhati-hati.
Untuk menyelesaikan masalah ini, anda boleh cuba menggunakan lampu solar berbanding lampu elektrik. Selain menjimatkan bil anda, kaedah ini juga sangat mudah untuk dilaksanakan.
Bagaimana Lampu Solar Berfungsi
Lampu solar menukarkan cahaya matahari kepada tenaga elektrik melalui proses photovoltaic (PV) menggunakan panel solar.
Tetapi….panel solar tidak boleh menyimpan tenaga, jadi lampu solar memerlukan bateri. Bateri ini akan menyimpan tenaga yang dijana oleh panel dalam lampu solar. Dengan ini anda tidak perlu menyambungkan bekalan elektrik ke lampu. Mudah kan?
Apa Kelebihan Lampu Solar
Lampu solar ini adalah lampu yang menggunakan cahaya matahari sebagai tenaga. Penyerapan ini dilakukan melalui panel solar yang disediakan.
Biasanya lampu ini menyerap tenaga matahari pada waktu siang dan menyala secara automatik pada waktu malam.
Lebih-lebih lagi, jika anda memerlukan lampu yang dipasang diluar rumah, jadi lebih baik guna solar lamp outdoor.
Apa Lagi Kelebihan Lampu Solar Ini? Mari Kami Terangkan!
1. Sumber Tenaga Boleh Diperbaharui
Tenaga solar (matahari) ialah sumber tenaga boleh diperbaharui. Maksudnya, selagi ada matahari, selagi itu boleh dijana dan digunakan.
Tenaga solar ini tidak akan pernah habis, kerana matahari sentiasa ada. Jika ia habis, sistem solar pun tidak akan tidak wujud.
2. Bil Elektrik Minima
Teknologi solar ini menjana bekalan elektrik anda sendiri, sekiranya lampu solar digunakan, panel solar yang bagaikan menjana kuasa elektrik untuk lampu tersebut.
Walau bagaimanapun, di Malaysia, bekalan elektrik atau lebihan yang dijana dari tenaga solar di rumah ni hanya untuk kegunaan sendiri dan tidak boleh dieksport ke grid. Ini salah dari segi undang-undang
Memandangkan tenaga solar ini mampu memberikan keperluan yang sama seperti penggunakan tenaga elektrik, jadi ianya dapat mengurangkan bil elektrik anda.
Berapa banyak ia dapat dijimatkan adalah bergantung kepada saiz dan jenis lampu solar serta tenaga elektrik yang anda gunakan.
3. Kos Penyelenggaraan Yang Rendah
Secara amnya, menggunakan sistem lampu solar ini bukanlah memerlukan penyelenggaraan yang banyak.
Selepas menampung kos awal untuk pemasangan sistem solar ini, anda hanya memerlukan untuk kos penyelenggaraan yang rendah seperti penggantian bateri setiap 5 hingga 7 tahun.
Pada masa yang sama, anda harus memastikan bahawa panel solar sentiasa bersih. Pembersihan 5-6 kali setahun sudah cukup. Walau bagaimanapun, jika anda masih ragu-ragu, anda boleh beralih kepada syarikat pembersihan profesional yang mampu dimiliki.
Pengeluar atau pemasang panel yang boleh dipercayai juga selalunya memberikan jaminan kualiti sehinga 20 hingga 25 tahun.
Oleh kerana tiada bahagian yang bergerak, jadi tiada bahagian yang akan haus dan lusuh, membuatkan ia mudah untuk dijaga.
Anggaran kos penyelenggaraan panel solar hanya RM320.00 setahun. Murah sangat kan?
4. Buka & Tutup Berfungsi Secara Automatik
Manfaat lain bagi penggunakan lampu solar ialah fungsi buka/tutup automatik. Ini bermakna lampu solar akan menyala secara automatik pada waktu malam dan padam pada siang hari.
Jadi anda tidak perlu untuk menghidupkan suis lampu secara manual. Pada masa yang sama, jangan risau jika anda terpaksa keluar rumah selama beberapa hari.
Lagipun, lampu solar ini boleh menerangi rumah anda pada waktu malam. Jadi anda tidak perlu menghidupkannya selama beberapa hari berturut-turut tanpa mematikannya.
Membazir elektrik menjadi masalah. Tambahan pula, orang tahu anda tiada di rumah.
5. Tiada Pendawaian Luaran
Menggunakan lampu solar ini juga dijamin selamat kerana tidak mempunyai pendawaian luaran.
Jadi anda tidak perlu risau tentang saluran bekalan elektrik, terutamanya jika anda mempunyai anak kecil atau haiwan peliharaan di rumah.
Bukan itu sahaja, sinaran lampu solar ini tidak terlalu panas sehingga dapat memudaratkan penggunanya, jadi tidak perlu risau.
Setiap kelebihan pasti ada kekurangan atau risiko kan. Jadi seronokkan kenali lampu solar ini?
7. Keadaan Cuaca
cuaca mendung atau hujan, tenaga solar masih diperolehi dan dapat dikumpul kerana kami menggunakan panel solar yang berkualiti tinggi jadi ia tetap akan berfungsi seperti biasa.
Penggunakan panel solar yang rendah kualiti akan memberi kesan ketara kepada sistem ini sekiranya tidak cahaya matahari.
Panel solar berkualiti tinggi tidak bergantung kepada cahaya matahari semata-mata, janji dalam keadaan terang ia sudah dapat mengumpul tenaga.
Jenis-jenis Lampu Suria Menarik untuk Rumah Anda!
Lampu solar ini boleh digunakan di hadapan/atas dinding pagar, taman, tempat letak kereta, taman bunga, laluan pejalan kaki, kolam ikan/hiasan, sisi, hadapan, dan belakang rumah.
Berikut adalah jenis-jenis lampu solar yang berguna dan menarik untuk digayakan.
1. Lampu Solar Taman
Lampu taman solar ini direka untuk mencantikkan rumah dan taman anda. Ia sangat sesuai dipasang apabila anda ingin menjadikan taman rumah anda kelihatan lebih elegan. Kepada anda yang mencari lampu hiasa taman, outdoor solar garden light yang paling sesuai.
Jadi anda tidak perlu membayar lebih untuk kerja pendawaian luar seperti yang anda lakukan dengan lampu seperti ini.
Selain itu, lampu solar ini boleh dipasang di dinding pagar rumah atau solar wall lights. Memang terang satu kawasan tersebut bila waktu malam.
Selain kalis air dan kalis debu, cahaya putih lampu ini juga sangat sesuai untuk hiasan.
Yang bestnya, anda boleh tidur lena tanpa memikirkan tentang membayar bil tambahan untuk setiap lampu hiasan ini!
2. Lampu Solar Limpah
Lampu solar limpah atau lebih dikenali dengan lampu spotlight ini memang menjadi kebiasaan untuk dipasang di kawasan rumah, ladang, kebun atau di mana sahaja yang anda mahu. .
Proses pemasangan lampu ini juga sangat mudah dan cepat. Lampu solar yang banyak ini sangat sesuai dan berguna apabila tiada bekalan elektrik di kawasan perumahan.
Ini kerana cahaya yang dipancarkan memang boleh menerangi satu rumah. Jadi, untuk penggunaan di kediaman, jenis lampu solar ini sangat sesuai untuk dipasang di belakang rumah.
Lampu belakang rumah terang benderang, jadi pencuri pun takut untuk masuk melalui pintu belakang, lampu solar. Ini seperti solar security light dimana elakkan sebarang kecurian berlaku.
Jadi, penggunaan lampu solar spotlight ini bukan sahaja meminimakan bil elektrik, bahkan ia dapat mengurangkan risiko rumah anda daripada dimasuki pencuri.
3. Lampu Jalan Solar
Lampu solar jenis ini mempunyai fungsi yang sama seperti lampu limpah. Yang membezakan ia adalah reka bentuknya sahaja dimana ia sama seperti lampu jalan.
Namun begitu, ia tak semestinya hanya boleh digunakan di tepi jalan sahaja, lampu ini juga mampu untuk dipasang di kawasan kediaman.
Jika rumah anda tidak mempunyai ruang parkir berbumbung, lampu ini juga boleh dipasang di sekitar halaman rumah.
Ini kerana lampu solar jalan boleh menerangi kawasan parking di depan rumah. Ia juga berguna jika tiba-tiba kawasan kediaman andablackout.
Sekurang-kurangnya anda tak perlu risau tentang kenderaan di halaman kerana penceroboh mungkin berfikir dua kali untuk masuk ke halaman dengan adanya sinaran lampu solar jalan ini.
4. Lampu Pelita Solar
Lampu solar dengan pelbagai reka bentuk menghidupkan suasana kaki lima dan taman bunga pada waktu malam.
Rumah yang dikelilingi cahaya sebegitu bagaikan sebuah resort mewah.
Daripada menggunakan minyak tanah untuk menyalakan lampu anda, apa kata mencuba sesuatu yang mesra alam.
Dengan menggunakan sumber asli, tidak perlu risau tentang pencemaran atau kebakaran.
Seperti jenis lampu solar yang lain, lampu ini sangat mudah dipasang dan mempunyai kos penyelenggaraan yang sangat rendah.
Ia juga mempunyai ciri automatik sensor di mana ia akan automatik bernyala pada waktu malam dan terpadam menjelang siang. Jadi anda tak perlu risau untuk menguruskan suis lampu ini secara manual.
Adakah Wajar Penggunaan Lampu Solar Di Malaysia?
Kini solar light Malaysia, dengan permintaan yang tinggi, teknologi tenaga solar berkembang dengan baik sehingga ia menjadi sumber tenaga yang bersih dan sangat berkesan.
Tenaga solar juga membolehkan anda menjimatkan duit, malah ia juga bagus untuk alam sekitar.
Panel solar boleh menjadi satu cara yang terbaik untuk anda tinggal di rumah yang lebih hijau dengan hanya menggunakan sumber semula jadi.
Mengambil kira kebaikan, kelebihan dan kekurangan, kita boleh katakan lampu solar sangat relevan dan sesuai digunakan di Malaysia. Anda perlu dapatkan best solar light for home. Semoga anda berjaya!