Mengenai SLM
SLM (Solar Light Malaysia) bertempat di Puchong, Selangor. Kami merupakan pembekal, pengedar dan pemasang lampu solar terkemuka dalam industri solar.
Lampu solar SLM, lampu limpah solar, lampu siling solar, lampu jalan solar dan kipas solar adalah pilihan utama dalam produk solar.
Kami membekal, mereka bentuk, memasang lampu led solar yang bekualiti tinggi untuk rumah individu, kilang, bangunan dan projek.
Kenapa Memilih SLM?

Kepakaran Industri
Lebih 30 tahun pengalaman dalam industri. Kami menguruskan kerja teknikal dan membantu anda memilih lampu solar sesuai untuk rumah atau bangunan anda.

Kualiti Perindustrian
Produk solar lampu kami memenuhi piawaian kualiti perindustrian. Kami membekalkan produk solar yang tahan lama.

Bilik Pameran & Gudang
Menyediakan bilik pameran solar untuk kemudahan demonstrasi dan gudang lampu solar.

Pilihan Ramai
Kami menawarkan pelbagai jenis lampu solar berprestasi tinggi.

Teknologi Terkini
Menyediakan produk solar berteknologi terkini.

Projek Solar
Penyertaan dalam projek selama bertahun-tahun.

Sokongan Teknikal
Kami mempunyai gabungan pasukan teknikal yang berkemahiran dan berpengalaman.

Kebolehpercayaan
Syarikat yang teguh dan mampu menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.

Alat Ganti Tersedia
Alat Ganti dan komponen elektronik bagi tujuan penyelesaian masalah lampu solar.
Apa Yang Kami Tawarkan
Kami menyediakan pemasangan lampu sportlight solar, lampu jalan solar, solar lampu limpah dan lampu siling suria. Perkhidmatan lain termasuk penggantian dan pembaikan bateri solar untuk projek kediaman dan komersial.
Untuk kerja- kerja yang melibatkan projek pelbagai organisasi swasta mahupun kerajaan, kami boleh menguruskan keseluruhan proses daripada spesifikasi hingga pemasangan. Juruteknik yang berpengalaman dan cekap dapat menyediakan perkhidmatan teknikal yang kukuh. Kami menetapkan sasaran terkini untuk memperluaskan pasaran solar di Malaysia. Kami mempunyai rangkaian besar alat ganti yang tersedia untuk produk solar kami.



Teknologi Lampu Solar Terkini
Teknologi Light Emitting Diode (LED) dan teknologi solar semakin berkembangan pesat. SLM memperkenalkan solar panel dan LED generasi baru yang boleh berfungsi dalam keadaan teduh. Lampu solar SLM menggunakan pemancar LED SMD demi menghasilkan cahaya yang lebih terang dan kurang berbayang. Teknologi LED ini mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan direka bentuk untuk beroperasi dalam pelbagai jenis lampu suria di pasaran. Pemasangan lampu solar SLM dapat menyelesaikan masalah kegelapan dengan kos yang lebih jimat.

SMD LED Array Cip Prestasi Tinggi
Lumen tinggi dan ketahanan yang baik

Panel Suria Berkualiti Tinggi
Pemerangkapan cahaya yang lebih banyak
Sebarang Pertanyaan Mengenai Lampu Solar?
Kami Sentiasa Sedia Membantu!

Our wide selection of solar LED lights includes solar streel lights, solar ceiling lights, solar flood lights as well as many outdoor solar lights.
Bagaimana Lampu Solar Berrfungsi?
Komponen utama lampu solar biasanya terdiri daripada bateri boleh dicas semula solar, LED, sel suria dan papan panel solar. Semasa matahari terbit, panel solar menyerap tenaga daripada matahari dan menukarkannya kepada bekalan elektrik dengan proses photovoltaic (PV). Semakin terang matahari, tenaga elektrik yang dijanakan lebih kuat. Arus ini disimpan dalam bateri boleh dicas semula untuk menyalakan lampu LED pada waktu malam. Lampu Solar menyala secara automatik ketika waktu gelap dan pada waktu awal siang.
Manfaat Pasang Lampu Solar
Kos Elektrik Minima
Lampu suria mengumpul tenaga daripada matahari untuk menjanakan arus elektrik. Tiada kos tenaga dan dapat menjimatkan bil elektrik anda.
Tanpa Pendawaian Luaran
Lampu tradisional memerlukan pemasangan kabel untuk menjadikannya berfungsi. Lampu solar Tiada juruelektrik diperlukan.
Tenaga Hijau
Sistem solar melestarikan teknologi hijau. Bukankah bagus untuk mengurangkan bil elektrik anda di samping membantu menyelamatkan planet pada masa yang sama?
Bekalan Elektrik
Tidak perlu menggunakan lampu suluh atau lilin apabila bekalan elektrik terputus. Gangguan bekalan elektrik akibat cuaca buruk adalah masalah biasa di Malaysia. Cahaya matahari adalah penyelesaian kepada masalah ini. Bersyukur lampu Solar dapat berfungsi semasa pemadaman kuasa. Terima kasih kepada Matahari!
Automatik On & Off
Lampu solar dihidupkan secara automatik apabila gelap. Foto -sensor yang merasakan cahaya. Lampu limpah solar menyala pada waktu malam dan baterinya dicas semula pada waktu siang. Tidak perlu on dan off setiap hari.
Penyelenggaraan Rendah
Kerja penyelenggaraan lebih rendah. SMD LED mempunyai jangka hayat terpanjang berbanding LED biada di pasaran.
Persekitaran Lebih Selamat
Kawasan persekitaran yang terang mengurangkan kes pecah rumah. Lampu limpah dapat meningkatkan keselamatan pengguna yang sering berulang-alik di sepajang jalan juga.
Mudah Alih
Pemasangan lampu solar secara plug and play. Anda boleh memasang lampu suria pada di mana sahaja anda suka. Lampu solar dapat digunakan lagi di tempat lain atau dijadikan lampu suluh ketika kecemasan.
Di Mana Lampu Suria Boleh Dipasang?
Lampu solar boleh dipasang di mana-mana sahaja asalkan tempat tersebut ada cahaya matahari kerana ia tidak memerlukan pendawaian elektrik. Kawasan yang gelap seperti pintu pagar tepi rumah, belakang rumah, kilang, kebun tempat parking kereta, atau laluan yang gelap digalakkan memasang lampu solar demi keselamatan serta memberi keselesaan kepada pengguna.






Lokasi Pemasangan Panel Solar
Arah panel solar yang paling optimum ialah menghadap Selatan. Ini adalah arah terbaik untuk panel solar anda menerima cahaya matahari sepanjang hari. Pastikan lokasi tersebut tidak dihalang oleh bangunan yang tinggi supaya panel suria dapat menyerap sinaran matahari yang maksima.


Pencapaian Kita
78+
Projek
2700+
Perumahan
390+
Industri
Testimoni Dari Pelanggan
SLM strives to maintain a reputation for high-quality, innovative solar light solutions that everyone can rely on. Here’s what customers have to say about SLM solar light products.
Minat Jadi Agen Kami?
You have projects in hand? Let’s work together!



DIY Sendiri atau Memerlukan Bantuan Pemasangan Kami
Hantar Gambar Photo
Tangkap gambar kawasan anda dari sudut berbeza
Whatsapp
Hantar photo ke 012 – 405 8791
Quotation
Sebut harga untuk rujukan
Temujanji
Jadualkan tarikh pemasangan
Solar Light Post Terkini
Kami sedia berkongsi segala maklumat terkini mengenai Lampu Solar.
智能太阳能路灯安装|提升停车场安全照明 该停车场在夜间原本非常昏暗,缺乏完善照明,给用户带来安全与视线上的担忧。随着使用反馈增加,管理团队也逐渐意识到夜间车辆进出存在一定风险。经过多方评估后,管理层开始寻找一种更实用、成本更低且无需大规模布线的照明解决方案。 马来西亚专业太阳能灯供应商|节能高效照明方案 我们推荐使用太阳能路灯系统,因为它无需电力布线,安装过程更加快速、整洁且方便,特别适合开放式停车场使用。系统完全依靠太阳能供电,白天充电,夜晚自动亮灯。安装完成后,整个停车场的照明明显改善,夜间更加明亮安全,车辆与行人通行更安心。管理层对效果非常满意,不仅提升了安全性,也有效降低了电费及后期维护成本。如果您正在寻找可靠的太阳能灯或太阳能路灯供应商,欢迎联系 SLM Solar Light Malaysia 了解更多详情。 WhatsApp:https://wa.me/60126398791
Smart Solar Street Light Installation for Parking Safety The car park [...]
Kami Ucapkan Selamat Hari Raya AidilfitriSelamat Hari Raya Aidilfitri Maaf [...]


